Pendahuluan.
Sungguhpun begitu al-Quran telah
memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh
dimakan.
i- Firman Allah SWT:
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik
dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)
ii- Firman Allah SWT:
“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”
(al-A’raf:157)
Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang
dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang
memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam
al-khbai’th.
Makanan Yang
Diharamkan:
1) Bangkai.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah:
- yang mati tercekik atau dicekik.
- yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.
- yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.
- yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.
- yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.
Dalilnya ialah firman Allah SWT:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana
yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.
2) Darah yang mengalir.
Firman Allah SWT:
Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali
kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - karena
sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain
Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya
dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang."(al-an’aam:145)
3) Babi.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging
babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108].
Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(al-baqarah:173)
4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah,
daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi
barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula
melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”(an nahl:115)
Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari
Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada
selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan,
bahkan sekalipun dibacakan bismillah.
Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab
al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk
berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak
dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain
Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya,
maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada
selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon
kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk
selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut
bismillah.
5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.
Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang
memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya.
Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).
Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang
diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala.
Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa
karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram
disisinya.
6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.
Dalilnya ialah hadith
Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai
kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta
mengoyak mangsa. Contohnya: elang, enggang, gagak dan layang-layang.
Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk
dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).
7) Keledai peliharaan.
Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-’Allamah Siddiq hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.”

Sabda Nabi SAW:“Apabila kamu mendengar suara keledai,
maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat
syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulama sepakat tentang halalnya keledai liar -dan
kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu
baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).
8)Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).
yaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn
Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar
menyatakan ianya umum.
Dalilnya:
i- Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
ii- Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.

Kata al-Albani:
zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya.
Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana
yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

9) Anjing dan kucing.
Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang
pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya
sebagai halal.
Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah
(khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman
anjing datang dengan beberapa faktor:
- ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).
- ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.
3.
larangan nabi SAW
daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).
Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith
Jabir:
“Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beda hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.
Firman Allah SWT:
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)
Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal
ini seperi berikut:
- Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.
- Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.
Setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan
memudaratkan diri dan agama manusia. Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh
manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan
dari kategori ini.
11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau
dilarang dari dibunuh.
Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang
yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk
membunuhnya adalah haram.
Binatang yang diarahkan bunuh:
Binatang yang diarahkan bunuh:
Sabda nabi SAW:
“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang bunuh:

Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya,
diburu atau dijumpai mati.
Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:
Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:
” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah,
dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat
baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Baqarah:195)
13) Hewan
2 alam:
Kata al-Qadi
Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih
berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat
percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai
langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.
14) Binatang
yang tidak disebutkan statusnya:
Berdasarkan sabda nabi SAW:
“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka
ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan
tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya:
sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).
Binatang Yang Halal
“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan
Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja
menyembah.”(an nahl:144)
Yang termasuk hewan yang halal adalah :
1.Semua yang baik asalnya halal
Firman Allah SWT :
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal
lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagimu.”(al-baqarah:168)
2.Binatang ternak
Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu[388]. Dihalalkan bagimu
binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu)
dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya
Allah menetapkan hukum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya.”(al maa’idah:1)
3.Binatang buruan laut
Firman Allah SWT :
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut[442]
dan makanan (yang berasal) dari laut[443] sebagai makanan
yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan
atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan
bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”(al
maa’idah:96)
4.Kuda
Firman Allah SWT :
“ dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal[820]
dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah
menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya”(an nahl:8)
5.Belalang
Hadis: “dari Ibnu Abi Aufa, r.a. dia berkata : Kami berperang bersama
Rasulullah saw. Tujuh kali. Kami makan belalang.”(HR. Muttafaqun’alaih).
Dalil hewan yang halal:
1) Dalil naqli adalah menghalalkan bagi mereka yang baik dan dia mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.
2) Dalil aqli
Dengan sifat kasih sayang Allah swt. Menjadikan berbagai jenis binatang yang baik (tayibah) bagi manusia. Dengan demikian tidak ada halangan lagi kita memakannya dan kita wajib bersyukur kepada-Nya atas segala anugerah-Nya.
Sedangkan makanan haram adalah makanan yang dilarangi oleh Allah dan Rasul-Nya. Setiap makanan yang dilarangi oleh syara’ pasti ada bahayanya dan meninggalkan haram pasti ada faedahnyab. Dalil hewan yang haram
1) Dalil naqli
Dalil Hewan yang haram berdasarkan AL-Qur’an adalah QS. Al-A’raf ayat 157 dan firman Allah swt:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelinya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala” (QS. AL-Maidah [5] 3)
2) Dalil Aqli
Dengan sifat pemeliharaan-Nya, Allah menjadikan bermacam-macam hewan yang diharamkan untuk di konsumsi (dinamakan) oleh manusia karena mengandung bahaya bagi kehidupan manusia.
0 comments:
Post a Comment